Wednesday 24 August 2016

Cinta Itu Fitrah

Bismillah, selawat dan salam ke atas Rasulullah dan para sahabat dan seluruh kaum kerabat baginda, segala pujian bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, Yang menjadikan siang dan malam.

Lama dah tak update blog, dah berhabuk. Sejak kebelakangan ini sibuk dengan pelajaran, tak sempat nak menulis dan mengarang. Insyaallah pada kesempatan ini nak beri sedikit peringatan yang ringkas untuk renungan bersama. Maklumlah, semakin lama semakin lalai kita dibuai cinta. Remaja " kononnya " dah lepas umur 18, dah boleh buat apa yang diingini " especially " bercinta (couple) dan sewaktu dengannya.

Sesungguhnya dan seharusnya Cinta itu fitrah, sifatnya suci, akan tetapi dek kerana keterlaluan manusia membuatkan cinta itu sesuatu yang sangat hina pada pandangan sesetengah ilmuan dan para sarjana serta manusia. Ingatlah, jika cinta itu diletakkan pada tempatnya yang betul nescaya ia akan terus terjaga dan dirawat. Begitulah manusia yang pelbagai ragam dan sifat. Resam alam dalam meletakkan sesuatu perkara itu. Ingatlah manusia, ingatlah anak muda yang masih dibuai cinta, jangan lalaikan dirimu dengan cinta dunia, bertakwalah kepada Allah, Nescaya Allah akan berikan jalan keluar untukmu. Cinta Allah dan Rasul, Cinta manusia kerana-Nya. Hal demikian memerlukam pengorbanan dalam diri, dan pengorbanan itu akan menghasilkan buah yang enak untuk dinikmati. Peliharalah diri dari Cinta yang membawa kepada kemungkaran. Sesungguhnya Cinta itu Fitrah!

Wallahua'lam
Zulkarnain Al-Fahd

Saturday 14 May 2016

Kedatangan Ramadhan

Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW, panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah kerana masih memberi ruang di dalam diri untuk menginsafi segala kesalahan dan kesilapan yang lalu.

Ramadhan akan datang lagi berjumpa dan bertemu kembali dengan kita. Bulan yang penuh keberkatan dan membuka ruang untuk kita beribadah pada-Nya. Bulan yang dinantikan buat seluruh kaum muslimin khasnya di Malaysia. Dalam bulan ini, Allah swt menjanjikan akan menggandakan pahala bagi setiap amalan. Jadi, marilah kita bersama untuk memanfaatkannya.

Rasulullah SAW bersabda " Barangsiapa yang berpuasa pada bulan ramadhan dengan penuh kemimanan dan pengharapan kepada allah, makan akan diampunkan baginya dosa2 ( kecil ) yang telah lalu. "

Dalam hadith yang lain Rasulullah bersabda " Barangsiapa yang membangunkan ( melakukan dan melaksanakan ibadah ) bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada Allah, maka akan diampunkan baginya dosa2 ( kecil ) yang telah lalu. "

Oleh yang demikian janganlah kita melepaskan peluang ini untuk meningkatkan segala amal ibadat kita kepada Allah swt dan begitu juga pada bulan-bulan lain yang akan datang.

Wallahua'lam
Muhamad Zulkarnain Yusof

- Pesta ibadah bakal bermula -

Ramadhan datang lagi,
Bertandang di hati,
Dengan wajah yang indah,
Tanda bermula pesta ibadah.

Detik yang di nanti,
Buat pencinta Illahi,
Siangnya Setulus Siyam,
Malamnya dihias sekudus Qiyam.


Monday 22 February 2016

Merawat Hati

" Hati adalah raja di dalam diri. Oleh itu lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas kebenaran yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasuka kebatilan. "

Merawat Hati:

Hati atau roh adalah raja dalam diri. Justeru, hati perlu menjadi sasaran pendidikan kita. Gagal mendidik dan membaiki hati bererti gagal mendidik dan membaiki manusia. Hati mempunya dua pembimbing asas yang perlu kita pilih iaitu Akal dan Nafsu. Jika Akal yang menjadi pembimbing maka hati akan baik. Manakala jika Nafsu yang membimbing maka rosak dan jahanamlah hati itu.

Dalam pada itu, hati perlulah selalu dirawat agar ia menjadi baik. Antaranya, selalu mengingati Allah tuhan Maha Pencipta. selain itu, selalu menyucikan hati dengan membaca Al-Quran dan berzikir kepada Allah.

Kesimpulannya, menjaga hati adalah kunci utama pada kesejahteraan hidup. Selain itu, memberikan makanan yang baik pada hati (Makanan Rohani). 

Wallahua'lam

Sunday 31 January 2016

Mencari hidayah Allah

بسم الله الرحمن الرحيم



" Allah swt menjanjikan kepada orang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Hajj ayat 54 yang bermaksud ' Sesungguhnya Allah adalah pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan lurus. ' " -imam As-Syafie Rahimahullah.

Alhamdulillah maha suci Allah yang menciptakan langit dan bumi, selawat dan salam keatas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dan para sahabat serta ahli keluarga baginda. Amma ba'd.

Lima perkara yang dilakukan bagi memperoleh hidayah daripada Allah swt. Bagi memperoleh hidayah daripada Allah, Eloklah kita mengingat lima perkara yang patut disebut-sebut selalu bagi menyedarkan diri kita sepanjan menjalani hidup ini. Nabi Muhammad pernah mengingatkan kita berkaitan dengan kelima-lima perkara ini supaya kita tetap berada diatas jalan yang lurus untuk terus mendapat hidayah-Nya iaitu:

Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Menjadi kebiasaan kita menyebut ataupun memuji orang yang berbuat baik kepada kita. Kadangkala kita terlupa hakikat bahawa terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita sehingga kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah swt. Sebaiknya basahi lisan kita dengan memuji Allah setiap masa.

Seterusnya perbanyakkan menyebut atau mengingat hal akhirat daripada urusan dunia. Dunia terlalu sedikit berbandingkan akhirat. Seribu tahun di dunia umpa sehari di akhirat, betapa kecilnya nisbah umur di dunia berbanding di akhirat. Seharusnya kita mencari akhirat dan dunia akan mengejar kita.

Selain itu, perbanyakkan menyebut dan mengingati kematian daripada hal-hal kehidupan. Kita sering memikirkan bekalan hidup semasa hari tua dan bersara. Tetapi jarang sekali kita memikirkan bekalan hidup semasa mati. Rasulullah bersabda yang bermaksud " sebaik kalian adalah orang yang beramal soleh dan menyediakan amalan selepas mati. " (كما قال ) . Memikirkan mati juga adalah sunat kerana hal demikian dapat menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana.

Antara lain jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga. Satu kebaikan yang dibuat kita sebut-sebut selalu umpama seekor ayam yang bertelur sebiji riuh sekampung. Dengan menyebut-nyebut kebaikan kita tadi akan melahirkan satu penyakit hati iaitu ujub. Ujub ini ibarat api dalam sekam, boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi apabila menimbulkan riya' atau bangga diri. Allah swt sudah memberi amaran barangsiapa yang memakai sifat itu tidak akan mencium bau syurga. Oleh itu, berhati-hatilah dengan sifat yang buruk ini agar tidak merosakkan kebajikan kita.

Akhir sekali, jangan kita membuka keaiban orang lain. Kegelapan hati ditokok dengan rengsangan syaitan selalu menyebabkan kita menyebut-nyebut keburukan, kelemahan dan kekurangan diri orang lain. Islam mengajar kita untuk melihat kekurangan diri sendiri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita sendiri. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan dan kekurangan diri kita, bukan keburukan orang lain.


1. Perbanyakkan menyebut Allah
2. Pebanyakkan menyebut Akhirat
3. Perbanyakkan menyebut dan mengingati kematian
4. Jangan menyebut-nyebut kabikan diri dan keluarga
5. Jangan membuka atau menyebut-nyebut keaiban orang

Tuesday 12 January 2016

Kehidupan dengan Zikir

بسمِ اللهِ الْرحمنِ الْرحيمِ 



Alhamdulillah, segala puji dan syukur pada Allah 'Azzawajalla yang memberi peluang untuk terus menyediakan amal untuk hari depan. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad saw. Alhamdulillah atas nikmat dan hidayah islam.

Bila sebut zikir semua orang akan ingat " subhanallah, alhamdulillah, Allahu Akbar ", bahkan ramai yang menganggap berzikir adalah setakat kumat kamit di mulut dan menghitung dengan tasbih.  Oleh itu kita perlu fahami erti zikir dan pembahagiannya.

Zikir adalah jalan untuk mencapai taqwa " hati ", iaitu hati yang terisi dengan iman, yakin, ikhlas, redha, sabar, syukur, tawakkal, takut dan berharap kepada Allah. Apabila kita telah mencapai taqwa, maka hati akan menjadi tenang, sentiasa bersyukur dan lapang dari kesempitan dan ujian dari Allah swt. Selain itu zikir juga adalah jalan untuk kita sentiasa mengingati Allah 'Azzawajall.
Allah swt berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 152


" فاذْكروٌني أَذْكُركُم واشْكُروْ لي ولَا تَكْفُرونِ "
" Maka ingatlah kepadaku, Aku pun akan ingat kepadamu, Bersyukurlah kepadaku dan janganlah kamu ingkar kepada ku ".

Dalam pada itu, zikir juga terbahagi kepada beberapa bentuk. Antaranya zikir "Qauli" ( disebut dengan lidah ), zikir fi'li ( amalan zahir ), zikir qalbi ( zikir di hati ) .

Zikir Qauli = Disebut dengan lidah berulang kali seperti menyebut nama Allah, istighfar dan membaca Al-Quran.

Zikir Fi'li = Segala ibadah yang zahir seperti berpuasa, solat, kerjakan haji dan umrah, zakat, menolong orang dan sebagainya

Zikir Qalbi = ibadah rohani yang melibatkan akal dan hati. Contohnya, mengenal Allah lalu jatuh cinta pada-Nya. 

Akhir kalam mari kita renung firman Allah dalam surah Ar-Ra'd ayat 28 

" الذِينَ آمنوا وَتَطْمئِنُّ قُلوبُهمْ بِذِكرِ الله، ألاَ بذِكر اللهِ تطْمئِنُّ القُلوبُ "
" ( Yaitu ) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteramdengan mengingat Allah. Ingatlah! Dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram " 

Secara konklusinya, ayuh kita selalu berzikir ( mengingati ) agar mendapat keberkatan dan ketenteraman dalam hidup. Fahami zikir, fahami cara-caranya insyaallah mudah untuk kita beramal. 
Wallahua'lam 

:) 

Sunday 10 January 2016

Al-Quran dalam Kehidupan

بسمِ الله الَّرحمنِ الَّرحيمِ



Alhamdulillah, maha suci Allah yang menjadikan siang dan malam, selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad saw. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad pesuruh Allah.

Seperti yang diketahui bahawa tilawah Al-Quran adalah sebaik-baik zikir. Selain itu, kita dituntut untuk membaca dan mentadabbur ( memahami/mengkaji ) ayat-ayat Al-Quran. Baginda bersabda :
" خيرُكم منْ تعَلَّم القراٰن وعلَّمه " 
" Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar ( memahami ) Al-Quran, dan mengajarkannya kepada orang lain " 
Umum mengetahui apabila kita membaca Al-Quran, Allah akan memberi ganjaran ( pahala ) setiap huruf yang kita baca dari Al-Quran. Disamping kita membaca, kita juga dituntut untuk menjaga bacaan kita dan menjadikannya sebagai rutin harian dalam kehidupan. Hal demikian ialah kerana telah menjadi kebiasaan para Salafus Soleh membaca sepanjang siang dan malam, dan menghabiskan Al-Quran ( Khatam Al-Quran ) dalam masa dua bulan. Mashaallah hebat sekali amalan orang-orang soleh yang terdahulu. Jadi, ayuh kita contohi mereka! Janganlah kita menjadi dari kalangan orang yang lalai. Sesungguhnya hal itu adalah seburuk-buruk kejadian. Akhir sekali, semoga Allah memberi ganjaran kepada mereka yang basah menyebut nama-Nya dan membaca Al-Quran ( Kalam-Nya ). Wallahua'lam 

Summer di Malaysia

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Alhamdulillah atas segala kurnian dan rahmat dari Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad saw, puji dan syukur hanya padaNya. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menyedut udara di atas muka bumi ini, dan masih berpeluang hidup di bumi yang tandus ini, tandus iman, tandus budi serta akhlak. Insyaalah khair.

Tajuk kali ini " Summer " di Malaysia. Seperti yang diketahui oleh penghuni bumi Malaysia, cuaca sekarang adalah menunjukkan sangat panas di sini. Tidak dinafikan, ianya telah di atur dan di susun rapi oleh Sang Pencipta, Allah 'Azzawajalla. Sekarang, Allah menguji kita semua dengan cuaca yang sebegini. Sebenarnya Allah swt mahu lihat sajauh mana sabar dan syukur kita terhadap rahmat-Nya ini. Seharusnya, kita perlu ucap syukur kerana kita mampu hidup dengan keadaan sebegini rupa dan masih ada waktu untuk menambah amalan kita.

Berbalik kepada ujian-Nya tadi, syukur dan sabar. 💡 teringat pulak satu syair arab tentang sabar.
" الصبْرُ كالصَبِر مرٌّ في مذاَقَتهِ، لكِنّ عوَاقِبُهُ احلَى منَ الْعٓسَلِ "
Yang bermaksud " kesabaran itu umpama jamu ( kulit kayu ) yang pahit rasanya, tapi dampaknya (  akibatnya ) itu lebih manis dari madu .

Seterusnya, kita sebagai manusia tak perlu mengalah dengan ujian ini, hadapilah dengan penuh usaha dan tawakkal kepada-Nya. Insyaallah semuanya akan menjadi baik. Sebelum terlupa, kita manusia yang sentiasa " diberi" nikmat, rahmat dan ujian. Oleh itu janganlah kita " terlupa " akan " syukur " kita kepada-Nya. Wallahua'lam

* Banyakkan minum air mineral
* Jangan terlalu berjemur di bawah terik matahari waktu tengah hari dan petang
* Banyakkan doa
* Tawakkal